Cakap Salah Tak Cakap Salah!

Bende nih kadang-kala menjadi satu perkara yang mungkin membuatkan orang menjadi serba salah....
Bende yang berlaku pada Cekgu baru-baru...
Mungkin hal ni agak remeh, dan bende2 remeh cenggini la yang merumitkan dan mungkin boleh membinasakan...
Yelah, yang baik dan kamcing jadi berseteru, yang dulu suka jadi benci...

Ceritanya macam nih...
Cekgu pun rase macam serba salah sebab kalau tak bagi, nampak sangat macam kedekut taik idung masin,
Kalau bagi macam rase tak berbaloi jer, sebab Cekgu jer yang berusaha lebih, tapi dak lain relax goyang kaki jer...
Dan masalah Cekgu yang utama adalah susah untuk mengatakan "Tak Boleh", atau "Tidak"...
Sebab rasa ikhsan tu mengatasi segala-galanya...

Memang Cekgu akui KPLi memang menimbun2 kerja dan kerja2 itu terletak di atas bahu sendiri...
Dan bagi Cekgu kita(kami) bakal2 guru nih harus belajar mandiri (independent) sebab tak selamanya kita akan bergantung pada orang lain....
Selepas ini kalau panjang umur dan kita semua ditempatkan di sekolah yang berlainan di mana hanya tinggal kita dan diri kita sendiri sahaja, masa tu pada siapa nak kita berpaut....??

Perkara atau perihal yang Cekgu nak ceritakan ni berkaitan dengan assignment jer...
Memang berlambak2 dan berkepuk assignment yang dibebankan pada kami dan Cekgu raser seakan tak ada masa untuk diri sendiri....
Sebab banyak masa kosong yang ada dipenuhkan dengan aktiviti untuk bersama dengan timbunan beban nih...
Atas dasar perlu memberikan komitmen seratus sepuluh peratus mungkin menjadikan ada antara kami yang karam dan kecundang...

Malasla tulis banyak-banyak, ada masa Cekgu sambung lagi...

Keluar topik kejap, Harini di maktab Cekgu ader sambutan bulan kemerdekaan dengan parasmian oleh Puan Pengarah...
Gambar tak dapat Cekgu nak lampirkan di sini...
ANyhow, fun yet interesting event dan menjadi...
Oklaa....


Salam Perguruan!

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood