Menanti Hari Esok

Hari ni adalah hari sebelum hari esok.
Esok aku akan menghadapi interview yang aku rasa akan menentukan jalan dan arah hidup aku selepas ini...MUNGKIN!
Tak siapa yang tahu selainNYA dan aku dah membuat persiapan..

Dan secara peribadi aku seperti kurang "risau" berbanding kalau aku buat persiapan untuk interview yang lain...
Tak tahu kenapa tapi aku buat seperti biasa,
Aku menelaah apa yang patut dan target aku memang dah ditetapkan...

Esok aku akan menampilkan AKU yang sebenar...
Bukan bermaksud sebelum nih aku yang bukan sebenar,
Tapi aku akan buat yang termampu.

Daripada cerita dan pengalaman kawan2 dan kawan kepada kawan2 aku, mereka memberi sedikit nasihat dan kata-kata semangat dari kawan kepada kawannya...
Sekarang ni terpulang pada aku nak melaksanakan sehabis baik atau tidak!

Plan aku untuk esok ialah : Aku akan bangun awal esok sebab perjalanan nak ke Maktab Perguruan Teknik di Cheras tu bukannya dekat.
Tambahan aku akan ke sana menaiki kereta dan situasi JAM adalah senario yang aku akan cuba elakkan esok.
Disebabkan dah kena ada kat sana sebelum kol 8, so aku kene keluar awal...
Bajuaku dah siap gosok dan yang tinggal cuma revision sikit2 pasal sistem pendidikan negara yang semakin berkembang sekarang ni...

Yang aku belum completekan ialah borang PENYATAAN HASRAT; borang di mana kita akan ditanya tentang apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada anak bangsa sendiri...
Dan aku masih mencari-cari idea untuk menyedapkan lagi esei tu....
Aku akan proceed dengan bende tu to make sure aku ade mase skit nak wat final revision...
Actually not soooo final revision, tapi antara Final Revision la gak =)
Esok maybe akan ade revision aku lagi...hikhik...

Okla, anyhow, doakan kejayaan aku, kelancaran dan kepetahan aku menagkis dan menyambut segala cabaran dalam interview sok....

InsyaAllah....

Sehingga di lain blog...

Maassalamah....

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...