An Open Apology

Aku dapat sekeping dua notes yang menulis beberapa patah perkataan yang agak berjela dengan tulisan tangan…
Memang surat tu ditujukan untuk aku…


Mungkin untuk sebagai peringatan atau teguran untuk aku..
Aku bukak dan amati segala isi surat tu dan secara amnya, aku dah faham…


Mungkin betullah kate Shrek dalam Shrek 1 dulu pada Donkey pasal kite nih…
Human Being nih memang seperti BAWANG…
Hah! Bawang…Kenapa Bawang???

Sebab manusia nih ibarat bawang yang terdiri daripada layer atau lapisan yang mewakili nilai2 dalam diri manusia itu sendiri..
Sama seperti yang aku belajar dalam kelas Negotiation Skills tempohari…
Pete Ooi pun berkata bende yang sama…


Jadi aspek layer dalam manusia nih menunjukkan bagaimana dan apa yang membuatkan seseoarang itu boleh atau tidak menerima tingkah laku dan tuturkata seseorang tu…

Jadi mungkin ada tuturkata dan perilaku aku memualkan dan bukan kepalang lagi…aku mungkin terlepas pandang tu sumer…
Dan aku mungkin tak wajar atau wajar disalahkan disebabkan ketidakpekaan aku pada keadaan atau emosi semasa si penerima tikaman dek lidah berbisa nih..


Sebagai langkah keselamatan di masa hadapan, menjadi seorang yang Strongly Assertive nih perlu pada tempatnya...

Dan kalau kita tak mahu menjadi sesuatu yang baik atau kelihatan baik, Baik Jadi Diri Kita yang sebenarnya...
Bukan susah untuk menjadi diri yang sebenar dan susah kalau kita hendak menjadi orang lain...

Kalau orang lain ada cara mereka yang tersendiri kenapa tidak kita jadi peneutral pada mereka dengan tunjuk diri kita yang sebenar dan dalam situasi nih tidak ada langsung unsur paksaan untuk siapa ikut siapa...

Menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mungkin mengambil masa dan ruang bagi seseorang,
Dan jika digunakan sbaiknya dengan beberapa batasan yang dihadkan dek faktor kemanusiaan tak mustahil kita boleh hidup dengan harmonis sekali...


Ah, bosanla bercakap pasal emosi berbasi nih...
Sungguh tak diri aku langsung!!!

Tapi tulah, ada masanye kite perlu memuhasabah diri dengan menjadikan orang lain sebagai cermin kita...
Dan sesungguhnya kita tak boleh menilai diri sendiri sebab pastinya pernilaian tu akan jadi berat sebelah...
Tak perlu berbasa-basi dan jelas kat sini...
Aku nak mintak ampun dan maaf pada insan yang pernah dan perlu aku tuliskan dalam blog nih, mungkin atas sebab tak puas hati...
Tujuan aku bukan nak burukkan sesiapa..Sebab mungkin kita saling tak mengenali sesiapa...
Dan kalau kita kenal, mungkin tuliasan aku nih boleh menjadi cermin pada kita sendiri..
Selain itu,
Cuma nak meluahkan ketidakpuasan hati yang terbuku...

Sekurang2nye segala yang terbuku dah terlerai dan mungkin tak ada lagi unsur tak puas hati tu dalam lubuk hati aku...

Mungkin akan ada yang berfikir aku nih talam dua muka, suka mengumpat belakang, suka mengata, suka tikam belakang...
Aku tak pernah kisah semua tu, tapi selagi aku ni bergelar manusia,
Sifat manusia tu mungkin tak asing pada aku, tapi aku akan cuba berubah...
Manusia ibarat pantai...ada air pasang, berubahlah pantai...


Dan menjadi seorang aku yang outspoken dan sarcastic – sarcastism [hok perkataan nih ada yang kurang mahir menyebutnyer malah mengejanya memerlukan latihan lagik...=) ] nih mungkin mengundang buah mulut yang kurang baik...
Tapi inilah aku...
Aku akan cuba berubah, sebab aku tau kalau bukan hari ini aku berubah, mungkin esok..
Kalau bukan esok..Luse...
Dan seterusnya...
Sebab Iman aku bukan seperti Iman Para Malaikat Allah...
Al-Iman Yazidu Wa Yankus...
Iman itu naik dan turun...


Mungkin sehingga di lain blog...
Mungkin kalau dipanjangkan umur...
Kita jumpe lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...