Kembali ke Penang...

Gerbang Bernam Jaya..Marvellous!!

Hari Rabu lepas aku dah bertolak ke Bayan Lepas, Penang disebabkan aku akan menyertai Skim Latihan Graduan dalam kursus Management sepertimana yang aku telah ceritakan dalam post yang lepas. Disebabkan person yang incharge bahgian kemasukan tu terlupa nak call aku untuk confirmkan hari kemasukan ke PSDC tu berserta dengan orientasi sekali, aku ambil keputusan terus pergi ke Penang nak menghantar barang aku yang melambak2 nih, macam orang dah ada family jer (bak kata mak aku, haha)...Semua barang aku angkut ke sana. Al-maklumlaa aku pun ade bawak transport sendiri..

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 lebih dengan suasana yang agak hujan dan lembap, aku driving melalui highway Bukit Jelutong untuk ke Utara. Ini first time aku ke sana sendiri (actually bukan bersendirian sangat)..Mama ngan my youngest bro ikut sekali...Aku tak kisah pun kalau aku kene ke Penang bersendirian, lagipun I'm grown up skang..Bukan budak2 lagi...Mak aku sebenarnya seperti berat ke nak lepaskan aku, sebab aku dah ada lama kat rumah, kalau hari cuti, aku yang meneman jadi kawan gaduh dier kat rumah...Tak ada aku, senyap sunyila rumah nih, pasal abang and adik2 aku manerla nak berborak2 ngan mak aku, sumer nyaaa BERAT MULUT....Terrnyata kalau aku pergi minggu depan sunyi gelita la rumah nih...wakakaka...

Out of topic jap: >>>> [Ruangan ini adalah zon mengkritik dan pandangan peribadi BH tentang AF; tak puas hati, pergi mati!! ]

Semalam tengok Konsert AF minggu ke-9 dan ternyata memang SMS menjadi juri dengan keciciran Shawal di tangga terakhir sebelum mendapat peluang untuk ke final...Minggu depan je Final dan dengan tersingkirnya Shawal tinggal2 3girls + 2boys in Final....3 wanita nih takkan tak dapat nak kalahkan 2 ekor "burung" ni...Sebab yang tinggal bukan calang2...Mila, Candy dan the underdog Heliza dah boleh mengetepikan 2 ekor penagih simpati yang kononnya seorang penjual ikan yang tiada elektrik di rumahnya serta model sambilan dan juga atlet negeri dan seorang lagi memang yatim piatu yang tak memberikan persembahan yang diharapkan even kalau dia sihat bukan seperti semalam...

Pendapat peribadi aku, Shawal tak sepatutnya tersingkir sebab dia punya karisma yang mampu menghiburkan semua orang dengan attitude yang mampu menari sambil menari dan bagi aku itu sudah cukup menghiburkan. Tapi kontra bagi Aswad yang hanya kene dengan sesetengah genre lagu dan akan hancuss kalau mendapat genre yang terlari atau terkeluar dari "makanan" atau fortaire nyeerr....Sebab semalam Astro beberapa kali menayangkan kedudukan SMS dari semasa ke semasa mungkin dengan beberapa sebab-musabab untuk menaikkan lagi rating undi dan menarik lebih ramai pengundi untuk memastikan favourite mereka menempah tiket ke final...Kayo la Astro lagi lepas nih...Pakcik Kayyooo!!!!

Reputasi AF5 ni bagi aku hampir setaraf dengan AF3 dahulu tetapi kegemilangannya dicapai berdikit2 dari seminggu ke seminggu dan akhirnya semua warna sebenar dan ciri2 penghibur dapat ditonjolkan dan ini berlainan dengan AF3 yang mendapatkan populariti dan menjadi buah mulut orang dengan cepat dan melonjak dengan cepat dengan adanya beberapa individu yang menjadi BINTANG sebelum waktunya....Tak kisahlah apa2 pun, yang penting kita tengok jer saper yang menang nanti dan pastikan HERO/HEROIN pilihan anda adalah yang deserve menang bukan simpati semata-mata....
<<<<< [ Tamat pandangan peribadi BH! ]

Kembali ke topic asal: Kami bertolak ke Penang dan hujan berhenti bila kami menghampiri Bukit Beruntung dan kami jarang berhenti semasa di dalam perjalanan, kalau berhenti pun cuma untuk melepaskan "hajat" jer pasal kalau tembolok nih penuh nak berjalan jauh pun tak selesa. Kami sampai ke Penang dengan menaiki Jambatan Pulau Pinang yang menjadi antara yang terpanjang di Asia dan kami dapat menikmati sekejap view dari atas jambatan sebab kami jarang2 dapat sampai ke Penang. Kalau orang Penang mesti dah jelak agaknya dengan Jambatan PP nih...Tatau laa...Kami sempat snapping beberapa shot dengan camera cikai N6600 aku sebagai kenang-kenangan...huhu...



Penang tu bukan besar mana pun, kalau ko round2 ker, hampir tersesat ker bukan susah, ko akan balik ke tempat asal ko sebab everything is in an island...What goes around comes around...Pusing2 dok situ gak....And seperti biasa la kalau kaki kecik aku jejak jer Penang memang carik tempat makan jer la kerja aku, dan kerja mencari favourite spot untuk makan ini difasilitasikan oleh sepupu aku yang dah bermaustautin kat Penang nih hampir 5 tahun atau lebih; Si Ariel...At first sebelum kami singgah di kedai car wash kepunyaan ayahnye dengan seorang rakan kongsi ca-ya-nun-alif tu, kami merayau sekitar Penang nak isi tembolok pasal dah lewat tengahari dah, lagipun memang lapar pasal baru jer lepas angkut barang naik ke tingkat 4 mendaki tangga dengan berbekalkan barangan yang kedabak banyak nak mamp**....Naik baik tak terkluar t**k hijau angkut barang naik tangga yang entah berapa puluh anaknya agaknyer....

Nasib baik my youngest bro ader ikut skali, kalau tak memang aku terkucil laa...And for the 1st time aku jumpe Anuar; my new housemate and roomate too for my new rumah sewa in Penang, sebelum ni memang belum pernah jumpe pun, cume cakap telefon jer...Tu pun Minah Intiey PSDC tu yang tolong arrange-kan tempat tinggal and finaaly aku jadi roomate Anuar...Memula jumpa dia agak shy2 cats dengan Mak aku...Ajak makan pun dier takmo and aku tak kisah laa...Lagipun kami nak berjalan2 masa tuh, nak pergi carik tiket balik malam tu dan pergi carik tempat nak lunch...Rumah yang akan aku sewa tu rumah flat 5 tingkat dan aku di tingkat 4...Kiri-kanan macam penuh dengan bangsa lain (intiey + ca-ya-nun-alif) and a bit smelly sebab kawasan kejiranan begitu memang begitulah keadaannya...Keadaan rumahnya memang biasa dan cuma ada basic accomodation jer...Tak kisah ler, sebab tujuan aku nak cari ilmu jer....Kereta yang aku bawak tu seakan ok, tapi harap2 janganlah buat perangai sebab aku totally bluurr about vehicle matter nih....Aku tau naik jer...Matilaa kalau aper2 jadi...

Then lepas uruskan kemasukan barang aku yang menimbun tu ke atas rumah aku mintak diri dulu pasal ada benda lain nak dibuat. Kami sembahyang jamak qasar di Masjid Sg. Nibong dan terus pergi cari tempat makan....Pusing punya pusing tak berhasil sebab aku manalaa tau pasal Favorite spot makan kat Penang, sebab kalau diikutkan aku, makan fastfood is ok...tapi Mama yang request nak makan something special and yang expert bende2 gini cume sepupu aku tuh...And lepas jenuh memusing2 kat town, aku putuskan ke Gurney Drive je...
Dan terserempak dengan kedai makan Muthalib yang menurut Ariel memang glemer dengan pasemboq dengan mee gorengnya...Aku raser mee goreng, mama rase pasemboq dan Olien rase kueytiew goreng instead of his requestion for chaukueytiau..Halloo, maner la ader chaukueytiau kat Mamak la Olien, sengal sungguh!!! Dan ternyata mee goreng dan pasemboq dier sedap!! Kuewtiau jer yang kurengg skit and Olien request nak sos cili laks!! SENGAL!!
Lepas makan lebih kurang kami bertolak nak jumpe Ariel kat Tanjung Tokong tempat carwash abah dier...Sajer nak jumper..Sambil2 jalan kami terleka sampai terlepas dan tak prasan dengan carwash tuh dan terlepas sampai ke Tanjung Bungah and sampailaa terlajak ke Batu Feringghi...Jauh tuh nak patah balik, tapi sempat kami singgah kat Masjid Terapung Tanjung Bungah dan snapping beberapa shot sebab memang sengaja nak men"tourist"kan diri instead bukan selalu ke
sini...huhu...Masjid terapung tuh memang masjid baru, dan masa kami sembahyang jamak maghrib dan siyak kat sana pun jemaah berapa kerat sangat... Bile dah habis pose2 kat Masjid Terapung tuh kami call Ariel dan tanya arah ke carwash dier, and memang dah terlajak jauh sebab carwash tu dekat sangat dengan Island Plaza; antara shopping complex yang ada kat Penang di Tanjung Tokong tuh...Lepas sampai je carwash terus jumpa Ariel and berborak sikit2 dan mintak diri pasal saje jer nak jalan2 pi Batu Feringghi atas dasar nak relaks sekejap sebelum malam dan untuk dinner ingat nak mintak tolong tourist guide tak berbayar kami; Ariel untuk tumjuk tempat makan best...

Kami meneruskan perjalanan ke B.Feringghi (BF) atas sebab nak shopping di pasar malam kat sana tapi malangnya masih terlalu awal dengan hampir tiada gerai pun yang dah dibuka dan kami mengubat kehampaan dengan lepak2 kat pantai berhampiran...Pusing2 kat pantai BF tu tak ada pulak spot boleh lepak2...then kami meneruskan perjalanan dengan misi untuk melepak nak melepaskan rasa penat memandu jauh and finally sampai ke Pantai yang dipanggil MIAMI Bay...Tatau naper dipanggil gitu tapi tempat tuh memang agak lengang...Tak kisahlaa, dan aku pun takmo buang masa terus melelapkan mata yang dah kuyu2 stim nih dan lena dibuai mimpi seketika sementara Olien gi layan sorang2 diri merayau kat Pantai tu sampailaa masuk waktu Maghrib dan kami sembahyang di Masjid Terapung Tanjung Bungah....

Selesai solat, kami pi jemput Ariel dan menuju ke Balik Pulau sebab Mama teringin merasa chaukuewtiau yang cam sedap tu...Merasalah kami mendaki bukit sebab jalan nak ke tempat tuh di Balik Pulau agak berbukit, nasib baiklaa kereta tak semput dan masih mampu lagi....huhu....dan nasib tak baiknya tempat tuh tutup dan kami putuskan untuk patahbalik ke town nak carik makan kat situ...Lagi sekali menurun bukit dengan jalan yang bengkang-bengkokbank macam ular kena palu....Dan kami singgah di restoran yang agak famous dengan set naan dengan tandoori dan beriyani claypotnya....Aku dan Ariel memesan Naan Set with Tandoori, Olien dan Mama dengan Beriyani Claypot....Aku dah pernah makan tanddori dan memang sedap dan takmo try benda lain sebab takmo kenyang sangat....

Mine....

Olien's Dish...

Ariel's Dish...

Mama's dish...

Dah habis melantak, komen mama yang beriyani tu tak berapa sedap dan mama tak habis makanyer aku terpaksalah menjadi "detritus feeder" dalam kes tuh...wakakaka...Aku dapatla merasa Beriyani CLaypot dan bagi aku ok jer...Takda masalah sama seperti Tandoori aku...huhu...Sedap nyer...Lain kali boleh try lagi....dan kami bertolak pulang hari tu dengan perut yang kenyang dan aku akan kembali ke Penang dalam masa seminggu lagi...Perjalanan bas ekspress kami pulang ke Shah Alam diiringi dengan hujan yang agak lebat tapi tu yang syok boleh tidur sepanjang jalan...

Oklaa, sampai disini celoteh panjang BH...Lotih dah pokcik nih...

Sehingga di lain blog, Maassalamah....

Comments

  1. Penang memang Line Clear!!! Lain kali aku kene singgah saner tuh...ENtahler, sebab bukan best sgt kot tempat tuh...

    ReplyDelete
  2. hi ya,
    aku salah seorg penyokong kuat shawal dr jauh... bila dla send msg kata maybe yg keluar aswad @ shawal (dia pun tak tgk- dia kat Setiu). apa lagi terus g cari pc. tgk sapa yg tubik (aku xdak pc sendiri)...huhu..alahai sedihnya... ingatkan dia slh seorg finalist.

    ReplyDelete
  3. tu la pasai...voters takdak otak kot...suma otak udang...nak harap simpati ja buatpa...

    Simpati sat gi kalau juara jadi cam musim lepaih...Hampeih...(Waa, da ckp penang na aku nih skg...hahaha)

    ReplyDelete
  4. hi ya,
    aku paling suka masa shawal nyanyi lagu kaer.. izinkan ku pergi ..ah menusuk kalbu :) ehehe. ebi pun ok gak. aku rasa dia kot menang.emm.. ye ke?;)entah la. tapi masa dia nyanyi lagu al jannah tu aku rasa dia ok.. entah la. aku dah lama tak tgk AF tau. last kali aku tumpang rumah tiha tgk AF. balik kul brp pastu aku malu sendiri. tak de kerja.. memalam bertandang rumah org semata2 nak tgk tv...biasanya aku tgk ikut internet.

    ReplyDelete
  5. haha...ko nih klakar laa...Macam tak bese tumpang umah org tgk astro...
    kalau segan nak tumpang umah org, ko tumpangla kat MCPG..MAMA CHOP PAPA GRILL...haha, kat saner memang slalu bukak AF...Boleh makan sambel layan af...
    And atas permintaan ko, aku setkan lagu tuk blog aku ni, IZINKU PERGI...by Kaer...AKu pun layan habis lagu nih...Tangkap feeling laa..LAYAN!!!

    ReplyDelete
  6. hi ya,
    hehe tq ;) i appreciate it. aku baru cover konsert 8 and 9. sekarang tgh tgk konsert final. belum habis lagi..baru kat ebi 1st round.

    ReplyDelete
  7. Mila dah menang puas la ati aku...cume dak ebi ngan aswad jer yang jadi runner-up...tak kisah laa...

    ReplyDelete
  8. hi ya, hazren aku suka bila hg tulis: being a Mummy's boy wasn't a sin but It's a proud of to be the "servant" to the "angel" who gave birth and rose me up... aku sokong 100%.it's a lovely quote.

    ReplyDelete
  9. She's the truly angel for me..No else other can replace her...=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood