Potong Kuenya..Potong Kuenya ::Selamat Ulang Tahun Abah::

16 Januari 1954 yang lalu mengimbau kelahiran seorang insan yang kini kami gelar ABAH...kini tatkala menjangkau alaf baru 2007 sampai masanya untuk abah menginjak usia ke angka yang baru...dulu 52, kini abah sudah 53...

Sepanjang perkenalan akau dengan ABAH selama kira-kira 23 tahun lamanya, aku menumpang tuah yang dimilikinya, menumpang senang, menumpang kasih, menumpang sayang bersama pakej keluarga yang dianggotai oleh MAMA, Abg Piz, Azam serta Olin....


Tanpa sahabat yang berbilang aku bersyukur kerna masih punya keluarga...hari ini, kami sekeluarga berpakat untuk celebrate ulangtahun abah ke-53 dalam suasana yang sederhana tetapi bermakna bagi kami...walaupun agak kekok kerana acara sebegini bukanlah tradisi turun temurun, tapi al-hamdulillah...


Abah, menjangkaui usia 53 bukan jalan lurus yang tiada onak berliku, tapi dengan ceritera dan hikayat abah tentang kesusahan lampau mengajar kami erti hidup; kehidupan sebenar, walaupun belum sepenuhnya...TERIMA KASIH ABAH!!!

Dengan hadirnya kami sekeluarga bersama menyambut ulang tahun ABAH ini, abah mengutarakan sedikit permintaan agar kami adik beradik sentiasa mengukuhkan silaturahim dan mematuhi segala perintah yang baik di dunia...

KEPADA ABAH, Hazren harap semoga abah akan dipanjangkan umur, sihat walafiat dan sentiasa taat pada perintah Tuhan serta dimurahkan rezeki yang tidak putus2...SEMOGA TAHUN MENDATANG AKAN DILIMPAHI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH DAN KEKAYAAN ATAS KEREDHAAN-NYA, INSYA-ALLAH!!!!

SELAMAT ULANG TAHUN KE 53 ABAH!
Tanggal 16 Januari 2006....


Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...