Kisah Benar - Aku Tetap Cinta Padamu Farhana

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah.



Sekadar gambar hiasan - TAKBERNAMA


Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa.

Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari.

Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.


Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta;


"Ibu, jeghein nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam.


"Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "jeghein rasa......... jeghein nak kawin la bu........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam.


Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu.


"Betul ke ni jeghein? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan jeghein tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba.


"jeghein nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.


Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai.


"Kau dah gila ke jeghein? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian.


Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku.


"Tapi ibu!, jeghein sayangkan dia, jeghein tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau jeghein nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk.


"Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka jeghein! Ibu tak rela!". " Tapi ibu.......".


"Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara ibu semakin perlahan.


"Dari kecik ibu bela kau jeghein, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak.


Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing jeghein......... kau sedar tak yang kita ni kambing?...... mana boleh kambing kawin dengan ayam?".


Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana.........


0 Superb Comments!:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png