AJL 21

Berakhirnya AJL semalam menutup tanda-tanya dan segala spekulasi berkenaan siapa yang bergelar Juara antara Juara dalam pencarian lagu terbaik antara terbaik. Kemenangan besar Adibah Noor menepati ramalan kebanyakan daripada kita dan bagi aku, Deeb memang layak!!!

Terlalu Istimewa muncul sebagai Juara Lagu…errmm, memang puas hati aku, sebab dah jemu tengak selama ini nasib asyik menyebelahi "juara SMS" tu yang asyik2 dia jer…naik meluat plus menyampah…kekalahannya dan sifu sedikit sebanyak memberikan kepuasan kepada segelintir orang yang cukup kurang menyenanginya…Ewah, jahat tol aku nih….heheh..


Kejuaraan yang dirangkul penyanyi yang aku sifatkan penuh dengan ciri-ciri keibuan ini dikira sebagai kemenangan yang agak besar…kalau dihitung2…

Hadiah Juara Lagu : trofi dan wang tunai RM 25,000.
Juara Balada : trofi dan wang tunai RM 12,000
Vokal Terbaik : trofi dan wang tunai RM 10,000
JUMLAH BESAR : RM 47,000

Woww.....wow weee....Memang besar tu...boleh beli keta tuh...buat deposit rumah ke...best tol...Dah memang rezeki ko laa Deeb...Naseb baik laa Raja tu tak menang...100% satisfaction...main reasonnya ialah...TIADA SMS!!

Persembahan terbaik pulak dapat kat Hazami, pun ok gak, sebab apa?....sebab tak ada SMS.... kalau tak, ko buat persembahan nak runtuh stage pun cam tahun lepas, still tak boleh menang Persembahan Terbaik...Berkat anak-didik yang dididik Hazami membawa tuah dengan membawa pulang hadiah yang berbaloi...kalau tak menang pun, persaingan untuk dimenangi oleh Kak Deeb memang ada....

Showmanship finalis yang lain tak kurang hebatnya...Elyana dengan style kaki ayam nyer… simple tapi oklaa…Pretty Ugly, Mawi & M. Nasir, Bob & Aspalela, Senario pun ok gak...yang lain seperti biasa laa, cam malas nak bersungguh, sebab mungkin dah tau tak akan menang...ramai lagi laa...

Natijahnya, kehebatan sesebuah lagu bukan bergantung kepada betapa popularnya penyanyi itu atau kuatnya auranya..tapi ada pada fisikal dan jiwa lagu tu sendiri...Wa Akhiran, syukur kali ni tak ADER SMS!!!...


Wa Illal Liqa'


0 Superb Comments!:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png