Trip Sabah Episod I : Pengalaman Pertama

Pengalaman pertama tu biasanya akan buatkan kita berdebar.

Dan pastinya kalau tak ada manusia yang bernama kawan yang bantu memudahkan semua cara, pasti tak jadi. Aku dah hidup lebih suku abad, tapi pengalaman menaiki pesawat di awanan biru baru inilah kali pertama.
Terima kasih kepada sang peneman yang bantu membantu sepanjang perjalanan itu.

psst! Ada CONTEST yang akan muncul dihujung episod post ini. Nantikan....

Kita tak biasa terbang, jadi semua prosedur sebelum terbang memang serba tak tau.
Masa mula-mula terbang pun muka aku cuak semacam....hilang darah. Pucat.


Segalanya dirancang. Melalui pembacaan di belog-belog.
Dan penerbangan diatur mengikut jadual itinerary.

28 November 2013 - 3 Disember 2013.
Lebih setahun yang lepas. 
Ni la orang yang temankan saya. TQVM.
Segala prosedur dari awal sebelum naik flight, luggages, semua dia uruskan....
Kalau aku sorang memang tercengang-cengang...

Dari dalam flight. Sebelum boarding. 

Kami bertolak malam, jadi suasana di luar jendela pesawat tak banyak yang dapat dilihat. 
Masa mula-mula berlepas memang aku cuak.
Plus, kerusi pesawat memang tak boleh dilaras. Jadi, camna nak tidur. Sudahnya aku habiskan masa berzikir. (Baik tak aku? Haha)

GPS yang banyak berjasa dalam menunjukjalan dan menyesatkan jalan. Haha

Bagi mudahkan perjalanan kami yang dirancang dari hari pertama sampailah hari ke-5, memang kami perlukan bantuan GPS ni. Alhamdulillah kami berjaya sampai ke temapt dituju walau sedikit sesat barat.

Dan rupanya, masuk ke Sabah melalui Imigresen di aiport KK, kita akan diberi pas sementara ni sebab kita bukan orang tempatan. Pas ini perlu diserahkan semula bila nak bertolak balik nanti....
Hanya untuk lawatan tak lebih 90 hari.
Hmm.....gituuuuu....

Pas sementara yang dikeluarkan oleh pihak imigresen...

Semasa kami touchdown je di KK, kami terus walk-in tengah bandar untuk cari hotel penginapan kami esoknya. Rupanya memang di tengah bandar KK.
Dah jumpa tu, baru cari hotel bajet untuk bermalam sementara tunggu siang.
Dah jumpa hotel, memang sangat bajet; sesuai la kot dengan ratenya yang bawah RM100....
Hotel takde tingkap dan bilik air cukup uzur.
Takpelah, esok kami akan menginap di hotel yang dah booking lebih awal melalui AGODA.

Sini Subuh masuk waktunya sangat awal, pukul 5 dah masuk waktu. Jadi, matahari terpacak atas kepala sangat awal. Pukul 6 dah terang benderang dah...Jadi, kemungkinan untuk kesiangan tu amatlah tinggi bagi kami orang semenanjung ni... (hehe, alasan terlajak Subuh)

Selesai Subuh, kami bersiap untuk check-out. Kami terus ke City Food Corner Sinsuran untuk breakfast. Banyak choice, tapi aku pilih roti bakar dengan teh tarik.
Kawan saya pilih untuk makan nasi.



Dah selesai breakfast, kami ronda-ronda sekejap dalam KK tengok-tengok di mana destinasi kami akan datang.
Menjelang pukul 11 lebih, kami menuju ke Hotel yang jadi penginapan kami selama 3 hari jugak di sana.

Inilah hotelnya.....

De Galleria Hotel

Hotel ni terletak di Kampung Air. 
Kawasan yang depannya ada pasar malam setiap malam. Dan pasar pagi setiap pagi.
Bukan kat Kampung pun, nama je Kampung Air, tapi masih dalam KK.

Hotel ni bagi aku sangat bagus dan bernilai untuk wang. Tempat tumpuan macam Pasar Filipina tak jauh dari sini. Selain tu, room service macam nak order makan memang ada disediakan dengan kos yang mampu. Just call dan dia akan hantar ke bilik. 

Tukang masaknya orang Melayu dan ia sangat sedap! Antaranya kita boleh tengok kat gambar di bawah. Jadi, kalau rasa malas nak keluar mencari makanan tu, order je dari bilik. Senang kan!

Tomyam ayam....rasa Siam sangat!

Nasi goreng kampung...pedas weyh.....

Dihidang sekali dengan milo ais.
Dengan harga kedai makan biasa.... :)

Sebenarnya, ada 14 episod untuk entry Trip Sabah ni.
Dan ada CONTEST yang akan aku adakan.
Hadiahnya berupa barangan dari Negeri Di Bawah Bayu ni.
Nantikan.....

Ok. Sehingga ke Episod seterusnya.
Salam.

Comments

  1. Eh...eh..hotel tu macam tempat cik akak menginap dulu eh...
    Tak jauh dari pasar malam...memang lokasi sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hotel yg sama kot....
      service dia oke la kot...
      sy dpt bilik mmg tepi tingkap menghadap pasar malam....
      awal pagi dah bising....org meniaga...

      Delete
  2. sabah memang best especially jika berpeluang ke kundasang..
    rasa nak pergi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x....setuju sgt.
      byk tempat nak kena revisit ni....seronok!

      Delete
  3. terkejut rupanya trip melancong ke sabah saja Bani Hassim ni..alo..napa tak kenalkan ..Etuza hanya sekali ja nampak SABAH lalu andaikan BH ni Sabahan blogger. Ala silap..tak apa lah ..segera log in balik tau selepas beberapa nak tengok aktiviti di blog..aduh sedihnya nak tinggalkan sabah dah kan..sampai pula tu di Kundasang ranau..wow!!!!

    ReplyDelete
  4. alo..balik dah kan..minta maaf ya..silap .Appaun semoga selamat ke distinasi ..banyakkan zikir kala naik flight..

    ReplyDelete
  5. kiranya sampai sahaja di airport KK dah ada kereta sewa menunggu lah ye sbb guna GPS..ke x sewa kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah....dah ade kereta sewa....dah janji nak jumpe lepas sampai landing di airport.

      Delete
  6. ada 14 episod.. memang kena marathon lah ni nak jawab contest ke3

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood